Hajiji Noor
Hajiji Noor

Hajiji Noor

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (lahir 10 Mei 1955) merupakan Ketua Menteri Sabah ke-16 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk kawasan Sulaman sejak 22 Oktober 1990 hingga kini. Beliau juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional Sabah.[1] Pernah dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Sabah serta mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dari 11 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018.[2] Beliau telah keluar dari UMNO selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018 setelah kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU tersebut dan telah bersetuju dengan ADUN Sabah yang lainnya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dia telah dilantik sebagai pengerusi perhubungan dan ketua Parti Pribumi Bersatu di Sabah atas kelayakan dan kebijaksanaan beliau mengendali sesebuah parti. Disebabkan kebijaksanaan cadangan Datuk Seri Panglima Hajiji dan Kepintaran Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, akhirnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya ditubuhkan iaitu Gabungan yang yang hanya wujud di Sabah Borneo. Gabungan Rakyat Sabah ialah salah satu Gabungan terbesar dan popular di Negeri Sabah. Pada pilihan raya negeri Sabah 2020, Rakyat Sabah telah meyaksikan pertembungan diantara 3 Gabungan yang mereka bakal undi iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan PCS + Anak Negeri, dan Gabungan Warisan Plus. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau mewakili dari parti Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (PPBM-Sabah).[3] Pada 9 Januari 2021, beliau telah dilantik sebagai pengerusi tetap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan telah menandatangani perjanjian "MoU" Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan di dalam Parti-Parti yang ada dalam Gabungan tersebut. Beliau merupakan Ketua Menteri ke-16 Sabah, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan Ketua PPBM-Sabah.

Hajiji Noor

Lahir Hajiji bin Noor
(1955-05-10) 10 Mei 1955 (umur 66)
Kampung Serusup
Tuaran, Sabah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Gabenor Ahmadshah Abdullah
Juhar Mahiruddin
Timbalan Bung Moktar Radin
Jeffrey Kitingan
Joachim Gunsalam
Didahului oleh Salleh Said Keruak
Alma mater University of New Hampshire Amerika Syarikat
Digantikan oleh Jahid Jahim
Pasangan Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag
Parti politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (sejak september 2020 - Kini)
BERSATU (sejak 2020)
BERSATU (2019-2020)
UMNO (1994-2019)
USNO (1990-1994)
Bapa Haji Mohd Noor Harun
Sekutu gabunganpolitik lain Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (sejak september 2020 - Kini)
Anak-anak Mohd Reza
Khairil Anuar
Nur Diyana
Mohd Ghazali
Ketua Menteri Musa Aman
Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Ibu Hajah Teruyah Omar
Pembantu Edward Yong Oui Fah
(2004–2013)
Ghulamhaidar Khan Bahadar
(2008–2013)
Zakaria Edris
(2013–2018)
Joachim Gunsalam
(2013–2018)